KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan tiga daripada tujuh suspek mat
rempit yang dikehendaki dalam kes kematian seorang remaja kumpulan mat
rempit di Taman Melati pada 20 Mei lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Seri Mazlan Lazim
berkata, ketiga-tiga suspek itu berjaya ditahan di Pantai Dalam pada
Jumaat lalu.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
membunuh dan tujuh suspek diburu. Tiga sudah ditangkap dan empat lagi
masih diburu.
“Kertas siasatan kita akan menyerahkan kepada pendakwaraya untuk
tindakan lanjut,” katanya ketika ditanya pemberita di Ibu Pejabat Polis
Daerah Cheras di sini hari ini.
Tambah Mazlan, pada awalnya polis telah menahan seramai 17 remaja
berusia 14 hingga 20 tahun dalam kejadian merusuh melibatkan dua
kumpulan bermotosikal sehingga menyebabkan kematian.
Katanya, pergaduhan itu susulan daripada kejadian pukul di Taman
Tasik Titiwangsa minggu lepas di mana kumpulan mangsa dihampiri
sekumpulan yang bising dengan memulas ‘throttle’ motosikal sehingga
menyebabkan perselisihan faham antara kedua-dua pihak.
Kesemua mereka ditahan dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 302 kerana membunuh.
“Kedua-dua kumpulan itu berjumpa dua kali untuk menyelesaikan isu
tetapi gagal sebelum kali ketiga mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan
kematian.
“Dimana kumpulan Pantai Dalam ini terserempak dengan simati yang
sedang tolak motor sebab kunci motornya diambil orang lain semasa
kejadian itu.
“Maka mereka terus pukul mangsa menggunakan helmet dan peralatan
pengunci motosikal menyebabkan mangsa lukas serius setelah berlaku
pendarahan di kepala sebelum meninggal dunia.
“Bedah siasat menunjukkan simati mengalami pendarahan di kepala menyebaban kematian,” tegas beliau.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan