MALAYSIAKINI
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan laporan yang tular di media sosial mengatakan beliau enggan menggunakan kemudahan kenderaan rasmi disediakan kementeriannya.
Beliau berkata kemudahan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya sesuai dengan jawatan yang disandang namun menolak kemungkinan menggunakan hak itu lebih daripada sepatutnya.
“Kononnya saya mahu memandu kenderaan Perodua Viva milik anak saya dan tidak mahu menggunakan kenderaan rasmi serta pengiring disediakan kementerian pada hari pertama bekerja.
“Menjadi tular perkara-perkara yang tidak benar mengenai diri saya, dan saya ingin tegaskan ia tidak benar,” katanya menerusi laman Facebook rasminya hari ini.
Mohamad yang juga Presiden parti Amanah berkata segala berita mengenai beliau hanya akan dikeluarkan menerusi kenyataannya atau akaun media sosial rasminya di Facebook: Mohamad Sabu – Menteri Pertahanan Malaysia; Twitter: @MSabu_Official; dan Instagram: msabu_official.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan