Majlis Perbandaran Kuantan beri tempoh sehingga jam 5 petang ini
BANGI
– Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memberi peringatan kepada semua
parti politik untuk menurunkan segera bendera yang dipasang sepanjang
kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.
Ketua
Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian berkata,
tempoh yang diberikan untuk menurunkan bendera sudah berakhir Rabu lalu.
Katanya
seperti dilapor My Metro, MPK sekali lagi memberi tempoh sehingga jam 5
petang ini untuk berbuat demikian, jika tidak wang deposit tidak
dikembalikan.
“Jika
bahan kempen tidak dibersihkan, wang deposit RM5,000 bagi calon Parlimen
dan RM3,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan
dikembalikan.
“Arahan
penurunan bahan kempen berkuat kuasa sejak 10 Mei lalu dan setakat ini,
masih ada poster dan bendera dipasang parti politik belum diturunkan.
“Kami
masih memberi peluang kepada wakil semua parti sehingga petang ini untuk
mereka menurunkan semua bahan kempen itu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan