PASIR GUDANG: PAS
Kawasan Pasir Gudang yang merupakan paling Selatan negeri Johor
bercadang untuk menandingi kedua-dua Dun dalam Parlimen tersebut iaitu
Johor Jaya dan Permas pada PRU14 ini.
Tekad itu dilafazkan Yang DiPertua PAS
Pasir Gudang, Azhari Mohd pada majlis perasmian pembukaan Bilik Gerakan
Pilihan Raya PAS N.42 Dun Johor Jaya baru-baru ini.
Sebelum ini PAS hanya bertanding di N.43
Dun Permas dan selepas itu giat melaksanakan gerak kerja dalam Dun
Johor Jaya terutama berkaitan kebajikan dan menangani isu-isu setempat.
Bagaimanapun, pihak mereka akur serta menyerahkan sepenuhnya
keputusan dalam menentukan percaturan tersebut kepada PAS Negeri Johor
dan PAS Pusat.
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz
Abdullah Husin ketika berucap pada perasmian itu melahirkan harapan agar
kesungguhan ahli dan pimpinan PAS Pasir Gudang akan menatijahkan
kejayaan.
Hadir sama pada majlis itu adalah
Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Johor, Ab Aziz Abdullah dan Ketua Dewan
Himpunan Penyokong PAS Johor, Kumuta Rahman.-HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan