KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan
keyakinan terhadap kesetiaan ahli partinya yang akan diterjemahkan pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Justeru katanya, tidak wujud andaian bahawa ahlinya akan memberikan undi mereka kepada Pakatan Harapan (PH)
"Ahli PAS ini ada kesetiaan kepada parti dia. Dia mesti setia kepada parti dia.
“Dan kalau dia tak setia kepada parti dia (bermakna), dia tak layak jadi ahli PAS.
“Ahli PAS tetap akan menyokong dan memberi undi mereka pada PAS," katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Beliau diminta mengulas dakwaan bekas pemimpin kanan PAS Datuk Mahfuz
Omar bahawa anggota PAS akan mengundi calon PH walaupun tidak
meninggalkan parti berteraskan Islam itu.
Mahfuz sebelum ini pernah menyeru ahli PAS untuk tidak perlu keluar parti, tetapi mengundi PH pada pilihan raya akan datang.
Bekas ahli PAS itu berkata beliau sedar ramai pemimpin dan ahli parti
berkenaan mahu bersama PH tetapi takut jika dikaitkan dengan parti
serpihan PAS, iaitu Amanah.
Mahfuz mendakwa perkara itu disimpulkan berdasarkan pengalaman sendiri dan trend itu kelihatan di Kedah dan Perak.
Mahfuz mengumumkan keluar daripada PAS selepas bersama dengan parti tersebut sejak 34 tahun lalu.
Beliau berkata, pada masa ini, beliau belum putuskan untuk menyertai
sebarang parti politik sehingga selesai tempoh bertenang bagi dirinya.
Mahfuz sebelum ini dilihat cenderung kepada Amanah apabila kerap kali
hadir menyokong program yang dianjurkan parti itu bersama PH.
Malah Mahfuz pernah menyatakan kesediaan mewakili PH berbanding kekal bersama PAS pada PRU-14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan