Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: "Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat
padang pasir" sinis Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali berhubung kemelut penggunaan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai
gelanggang rasmi Liga Malaysia 2018.
"Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh main dekat padang pasir,"
ujarnya sinis ketika ditanya pemberita selepas Program Konvokesyen
Pengajian Bersijil Kali-17 di Shah Alam, hari ini.
Pun begitu ujar Azmin, Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan
dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shaari sedang meneliti perkara itu.
"YB Amir sedang teliti permohonan tersebut," katanya.
Pasukan 'The Red Giants' dinafikan untuk beraksi di SSA susulan masalah
dalaman antara Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) dengan
kerajaan negeri sejak penghujung 2016.
Sejak itu, pasukan bola sepak itu tidak memiliki gelanggang rasmi dan terpaksa menumpang stadium lain.
FAS sebelum ini membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk
menjadikan SSA sebagai gelanggan rasmi sepertiman tradisi sebelum ini,
namun belum mendapat maklum balas.
FAS juga membuat permohonan yang sama kepada Stadium Nasional Bukit
Jalil dan terbaru ialah Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebagai
gelanggang rasmi.
Biarpun FAS berjaya mendapatkan stadium lain sebagai gelangang rasmi,
penyokong Selangor tetap mahukan pasukan bola sepak itu beraksi di SSA.
Badan Bertindak Penokong Selangor (BBPS) mendesak FAS dan kerajaan
negeri mengenepikan isu politik dan mengutamakan industri bola sepak
negeri yang selama ini menjadi kebangaan rakyat Selangor.
Badan itu juga mendesak kerajaan negeri membenarkan SSA dijadikan
gelanggang rasmi pasukan The Red Giants selewat-lewatnya dalam saingan
pusingan ke-2 Liga Super 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan