Khamis, 1 Februari 2018

Indira Ghandi tidak kisah jika anaknya mahu kekal dalam Islam

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: M Indira Gandhi berkata beliau tidak kisah jika anak perempuan bongsunya Prasana Diksa mahu kekal menjadi orang Islam, walaupun Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk membatalkan penukaran agamanya.
 
“Saya tidak kisah apa pun agama yang Prasana pilih. Dia boleh kekal jadi orang Islam jika dia mahu.
 
“Saya cuma mahu dia kembali ke pangkuan saya. Saya tak tahu macam mana rupa dia sekarang. Hanya waktu dia kecil.
 
“Adilkan perkara itu pada saya sebagai ibu? Biarkan dia diambil daripada saya tanpa pengetahuan?
 
“Agama adalah pilihan individu. Saya tidak akan campur tangan atau paksa.
 
“Saya hanya mahu anak saya balik. Tolong jangan guna agama untuk pisahkan kami,” kata Indira dipetik Malay Mail Online.
 
Mahkamah Persekutuan sebelum ini memutuskan pertukaran agama tiga anak Indira kepada Islam adalah tidak sah dan terbatal, 1 tahun lalu.
 
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara selepas membenarkan rayuan dibuat Indira berhubung kesahihan penukaran agama tiga anaknya iaitu Tevin Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa kepada Islam.
 
Menerusi 99 mukasurat penghakiman yang dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, mahkamah memutuskan perkataan “parent” seperti dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan perlu dibaca sebagai bermaksud kedua-dua ibu dan bapa.
 
Menurut perkara itu, seorang penjaga atau parent (ibubapa) berhak menukar agama anak mereka yang belum mencapai umur 18 tahun.
  
Pada 30 Disember 2015, Mahkamah Rayuan membuat keputusan majoriti 2-1 untuk mengembalikan semula sijil penukaran agama tiga anak itu yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum itu.
 
Ketiga-tiga kanak-kanak itu ditukarkan agama kepada Islam oleh bapa mereka Muhammad Ridhuan Abdullah pada April 2009 tanpa keizinan Indira Gandhi selepas beliau memeluk Islam.
 
Kanak-kanak berkenaan ketika itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.
 
 

Tiada ulasan: