Sabtu, 10 Februari 2018
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN akibat jangkitan dada
PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), malam tadi.
IJN dalam satu kenyataan berkata, bekas perdana menteri itu kini dirawat di wad biasa untuk jangkitan di dada selepas diserang batuk.
“Dr Mahathir akan dimasukkan ke wad beberapa hari untuk tujuan rawatan dan pemerhatian.
“Lawatan hanya dibenarkan untuk ahli keluarga terdekat,” demikian menurut kenyaaan itu.
Sementara itu, anak sulung Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, bapanya dalam keadaan baik dan memerlukan masa untuk berehat.
“Beliau akan kembali untuk beraksi tidak lama lagi,” katanya menerusi Twitternya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan