Ahad, 8 Oktober 2017

Indonesia dakwa Malaysia tak berupaya tangani penyeludupan dadah

 
Agensi Anti Narkotik Indonesia berkata pihaknya bimbang dengan ketidakupayaan Malaysia dan kurangnya komitmen untuk memerangi penyeludupan dadah di rantau Asean. 


Arman-Depari_babah2


PETALING JAYA: Indonesia melahirkan keprihatinan terhadap isu penyeludupan narkotik yang kerap dari Malaysia sambil mendakwa Putrajaya tidak berupaya menangani masalah tersebut.

Timbalan Penguatkuasaan Agensi Anti Narkotik Indonesia (BNN) Inspektor Jeneral Arman Depari berkata beliau bimbang dengan ketidakupayaan Malaysia dan kurangnya komitmen untuk memerangi penyeludupan dadah di rantau Asean.

Agensi Antara Indonesia memetik Arman sebagai berkata, BNN telah banyak kali mengadu kepada kerajaan Malaysia mengenai kebanjiran dadah dari negara ini ke Indonesia.

“Penyeludupan melibatkan rangkaian antarabangsa yang berasal dari Malaysia.
  “Ini terbukti dari mereka yang ditangkap di Riau, yang menyelundup dadah ke Indonesia melalui Aceh dan Sumatera Utara,” kata beliau kepada wartawan di Pekanbaru, Riau, hari ini, setelah menggagalkan penyelundupan 25kg methamphetamine dan 25,000 pil ekstasi.

Arman berkata beliau percaya penyeludup dadah menyeberangi Selat Melaka dari Malaysia dan menghantar dadah di perairan antarabangsa kerana tidak ada pengawasan di kawasan itu.

“Sebuah kapal layar dari sana (Malaysia) ke koordinat tertentu, dan kapal lain bergerak dari sini ke koordinat yang sama dan mereka memindahkan barang di laut. Itulah modus operandi,” kata Arman.

Beliau berkata, akibatnya, dadah dari Malaysia membanjiri Indonesia melalui Kalimantan dan Sumatera.

Arman berkata BNN telah meningkatkan pengawasan, khususnya di perairan timur Sumatera, yang terbuka dan biasanya digunakan oleh penyeludup.

Beliau berkata BNN menggunakan agensi lain seperti polis dan kastam, untuk meningkatkan pengawasan laluan yang digunakan oleh penyeludup dadah.

Tiada ulasan: