Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Kejayaan penganjuran Himpunan Fastaqim 2.0 minggu lalu bukan
kayu ukur PAS boleh mencapai kemenangan selesa bersama Gagasan
Sejahtera pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Di Terengganu itu saya tidak melihat ia gelombang yang dikatakan
Gagasan Sejahtera tetapi lebih kepada program PAS bukan program Gagasan
Sejahtera. Ia adalah program tahunan PAS dan program semasa parti PAS.
"Saya tidak pernah terpukau dengan kehadiran himpunan ramai sebab
daripada dulu himpunan PAS memang ramai tetapi jumlah undi yang
diperolehi PAS tidak mencukupi untuk menang dengan jumlah kerusi yang
lebih besar.
"Sebab itu saya tidak nampak ada satu gelombang sebenar melainkan
gelombang itu tidak pergi jauh kepada gelombang rakyat menyokong PAS
atau mendokong Gagasan Sejahtera," katanya," katanya kepada Antarapos.
Malah beliau turut menyifatkan jumlah kehadiran yang besar dalam Himpunan Fastaqim 2.0 tidak menjanjikan kemenangan.
"Daripada dulu saya berpegang bahawa himpunan ramai ini tidak
memberikan apa-apa kesan kepada penentu kepada proses undi yang akan
kita perolehi.
"Jadi bagi saya perhimpunan ramai itu satu proses menentukan kekuatan
sahaja tetapi hakikat serta realiti dalam pilihan raya ia berbeza,"
katanya.
Beliau berkata penganjuran himpunan itu jelas memperlihatkan
penglibatan pelbagai pihak yang bersama-sama mendukung perjuangan PAS
untuk membina sebuah negara yang sejahtera bersama Islam.
Gagasan Sejahtera adalah gagasan baru yang lebih bersifat setiakawan
membabitkan -parti politik, NGO dan tokoh pelbagai kaum serta masyarakat
majmuk, dengan menonjolkan Islam sebagai penyelesai masalah menerusi
pendekatan politik, ekonomi dan sosial.
Gerakan Sejahtera yang ditubuhkan pada Ogos 2016 diperkemaskan dengan
penyertaan beberapa tokoh nasional yang dijangka akan bertanding
mewakili blok ketiga itu pada PRU14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan