TAIPING: Seorang anggota tentera ditemui meninggal dunia di dalam
keretanya, dipercayai selepas muntah darah, di Jalan Tee Hoi, dalam satu
kejadian pada 4.10 malam semalam.
Orang awam menemui mayat Koperal Razid Ruhiman, 32 yang berasal dari
Tambunan, Sabah, dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum mereka
segera menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah
berkata hasil siasatan polis mendapati tompokan darah di bahagian mulut
mangsa dan di hadapan kereta berkenaan.
"Anggota tentera terbabit bertugas di Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja, Kem Town Barrack, Taiping.
"Mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan mengikut
maklumat daripadarakan sekerjanya, anggota tentera terbabit dikatakan
pernah mengalami sakit Tibi," katanya memetik laporan Harian Metro.
Bedah siasat terhadap mangsa mendapati punca kematiannya berpunca dari
pendarahan dalam perut dan tidak menunjukkan unsur jenayah.
Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan