BANGI: Pemandu lori muatan balak rentung selepas kenderaan yang dinaiki
melanggar treler sebelum terbakar di Kilometer 302 Lebuhraya PLUS dekat
Bangi, 3.12 pagi, hari semalam.
Kejadian itu juga menyebabkan tiga lorong di kawasan berkenaan ditutup bagi tujuan pemadaman dan pengalihan kenderaan itu.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima
panggilan pada 3.12 pagi sebelum satu jentera digerakkan ke lokasi
kejadian.
"Ketika tiba di lokasi kejadian api sedang marak di lori yang membawa muatan balak berkenaan.
"Api berjaya dikawal kira-kira dan mendapati terdapat seorang mangsa di
bahagian pemandu lori berkenaan," katanya seperti yang dilaporkan
Harian Metro.
Menurutnya, treler berkenaan turut terbakar dan pemandunya berjaya menyelamatkan diri.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan