FAHMI KHAIRUL
KUALA LUMPUR: Serangan balas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam telah menarik perhatian pelbagai pihak di media sosial.
Rakaman video tersebut juga telah mengegarkan arena politik dengan pendedahan bekas Perdana Menteri itu yang turut ‘mendedahkan ‘ Zahid pernah menemuinya selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dalam rakaman video ringkas itu, Tun Mahathir membidas kenyataan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunannya, Ahad lepas.
Video berdurasi 2.04 minit itu di muat naik di Facebook Rasmi miliknya dan telah ditonton oleh 630 ribu pengguna laman sosial sehingga sekarang dan menjadi pilihan utama dikalangan pengguna media sosial yang mula ‘memuatnaik’ video tersebut.
“Saya malu ada orang macam ini boleh ada dalam kabinet Malaysia “, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya terkejut dengan kenyataan yang Zahid buat sendiri. Tidak penah lagi ada sesiapa yang menyentuh perkara ini, yang memberi usul asal yang berbeza dari diketahui umum,” katanya dalam rakaman video tersebut.
Tambahnya, Zahid tidak boleh menunjukkan identiti kad yang berwarna biru itu.
“Saya masih ingat kad pertama yang saya terima, saya masih dalam Universiti pada masa itu.
“Kalau dia boleh tunjuk, saya nak tengoklah, jangan sembunyi, jangan buat macam Apandi (Tan sri Apandi Ali). Apandi bila tunjuk kata tidak ada apa tetapi masuk dalam Akta Rahsia Kerajaan. Yang ni Zahid nak rahsia juga? tunjuklah.” katanya.
ZAHID JUMPA SAYA
Tun Mahathir turut mendedahkan bahawa Zahid berjumpa beliau meminta simpati dan sokongan semasa dia menjadi timbalan perdana menteri.
“Zahid masih ingat, apabila Zahid jadi timbalan datang jumpa saya, cuba dapat simpati saya, sokongan saya.
“Saya kata benar-benar kepada Zahid, kalau pun Najib letak jawatan yang mana itu tak mungkin. Zahid kena tunggu Umno tentukan siapa yang nak ganti Najib. Bukan tentu Zahid Boleh ganti Najib. Jadi bila nak simpati saya datanglah, ini tak boleh dapat carilah jalan yang bohong macam ini,” ujarnya.
PENGGUNA MEDIA SOSIAL SERANG ZAHID
Sementara itu, pengguna laman media sosial memihak kepada Tun Mahathir dan menganggap Zahid mempunyai pemikiran cetek sehinggakan menyentuh soal keturunan. Ramai yang memberikan pandangan yang keras terhadap Zahid yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO di ruangan ‘komen’ video tersebut yang dimuat naik di halaman rasmi Facebook parti Bersatu semalam.
Menurut seorang pengguna media sosial bernama Adam Zafri, “ betapa ceteknya pemikiran anda sebagai seorang menteri yang tiba-tiba menyentuh isu keturunan orang.
“Saya cakap bukan dasar politik, tetap maruah seseorang itu tercabar. Anda cakap benda sensitif kepada orang itu, takut-takut orang itu balas balik.
“Saya mintak tolong kepada Menteri tersebut dan Menteri-Menteri lain, buangkanlah sifat-sifat ini dalam diri kalian dan patut fikir bagaimana untuk menyelesaikan politik yang semakin renggang di negara kita. Saya komen ini bukan bermakna saya pro sesiapa pun. Saya cakap secara umum.
“Biarlah kita berbeza pandangan politik, tetapi jangan menyentuh isu-isu yang melibatkan maruah seseorang. Saya cakap atas dasar prihatin sebagai seorang rakyat kepada pemimpin. Terima kasih. Jangan kecam saya,” jelasnya
Selain itu, seorang pengguna akaun Facebook, Ika Saparwan Heslington berkata, tak kira la apa keturunan pemerintah kita dapat, yang undi dan yang pilih pun korang juga kan.
“Kan bagus dapat menteri macam Tun M, negara maju dan makmur. Ade darah India ke? Cina ke? Arab ke? Jawa ke? Yang penting tahu uruskan negara bukan caci sana, caci sini,” katanya.
Selain mengecam, ada juga pengguna memuji cara dan kewibawaan Tun Mahathir dalam menangani kenyataan yang dibuat oleh Zahid.
Mikail Daniel berkata, terbaik Tun (Mahathir) memang terpancar kewibawaan kepimpinan Tun secara sepontan Tun melontar pertanyaan pada wak Zahid tanpa menunjukkan kemarahan kepadanya atas penghinaan dia terhadap orang dengan kenyataan yang tak betul. Dah nampak dah memang wak Zahid tu tiada kelayakan untuk jadi PM (Perdana Menteri) dia terlalu ‘racist’ untuk sesuatu kaum.
Noni Zainal berkata, Alhamdulillah Tun (Mahathir) ditakdirkan jadi PM Malaysia selama 22 tahun dengan cemerlang gemilang terbilang sampai dikagumi kawan dan lawan.
Disamping itu, Noor Zailiza Baharuddin berkata, walaubagaimanapun Tun Dr Mahathir telah berjaya menjadi perdana menteri Malaysia yang paling lama. Lihatlah kemajuan yang ada. Kita jangan lupa.
Tak perlu diterangkan, di bentangkan. Satu dunia tahu.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan