KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat pembayaran
tranche kedua secara penuh, yang dijadual pada tarikh akhir 31 Ogos,
2017 kepada International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC).
“Pembayaran itu adalah tertakluk kepada pindaan bertarikh 8 Ogos, 2017
ke atas Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan
(Diperbadankan) Malaysia dan IPIC,” menurut 1MDB dalam satu kenyataan
semalam.
Menurut kenyataan itu lagi, dana pembayaran itu adalah hasil program rasionalisasi berterusan.
Pada 11 Ogos lalu, 1MDB memberitahu bahawa syarikat berkenaan telah membuat bayaran sebanyak AS$360 juta kepada IPIC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan