Isnin, 28 Ogos 2017

Sampai berkhemah tunggu di pintu stadium

Wartawan MalaysiaGazette
 


SHAH ALAM – Gara-gara tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA (KL2017) antara Malaysia dan Thailand esok hanya dijual di Stadium Shah Alam di sini ramai peminat bola sudah tunggu sejak awal pagi lagi hari ini.

Malah ada penyokong yang sanggup berkhemah di depan pintu masuk stadium.

Sehingga pukul 9 pagi tadi, barisan panjang sudah memenuhi perkarangan Stadium Shah Alam dan Stadium Melawati semata-mata bagi mendapatkan tiket



Beginilah keadaan orang ramai beratur panjang di Stadium Shah Alam.- foto kredit Alang Bendahara.

Tiada jualan dalam talian disediakan juga menjadi faktor ramai menyerbu stadium pagi ini semata-mata tidak mahu terlepas melihat perlawanan bola sepak tersebut.

Semalam, menurut makluman Sakretariat Kuala Lumpur 2017, penyokong Malaysia yang berhasrat menyaksikan perlawanan itu boleh mendapatkan tiket di Stadium Shah Alam dan sebanyak 20 kaunter di pintu A dan B akan dibuka sehingga kesemua tiket habis dijual.



Tiket untuk penyokong Thailand pula boleh diperoleh di Stadium Melawati bermula pukul 11 pagi pada hari yang sama, katanya.

Katanya, hanya lima tiket diperuntuk bagi setiap pembeli.

Malaysia yang menewaskan Indonesia 1-0 akan bertemu Thailand pada pukul 8.45 malam di Stadium Shah Alam, Selasa ini. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: