Oleh Shuhaniza Said
PETALING JAYA: Mesyuarat biro politik PKR berlangsung selama tiga jam
hari ini namun parti itu tidak mengumumkan sebarang keputusan berhubung
kerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang.
"Biro politik PKR hari ini telah mengadakan mesyuarat mingguan dan
telah membuat ketetapan bahawa PKR komited kepada usaha memperkukuh
Pakatan Harapan serta menyusun strategi untuk menewaskan UMNO-BN pada
pilihan raya umum ke-14," kata presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail dalam kenyataan satu perenggan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan