shahbudindotcom
Dalam
majlis mengucapkan selamat jalan kepada sekumpulan jemaah haji yang
diadakan di Kompeks Tabung Haji semalam, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad
Zahid Hamdi antara lain menitipkan pesanan-pesanan berikut:-
1.
Kepada beberapa menteri dan ahli politik yang turut menunaikan haji dan
diraikan dalam majlis tersebut, Zahid Hamidi berpesan agar mereka
jangan berpolitik atau berbual-bual kosong ketika waktu wukuf,
sebaliknya menumpukannya kepada ibadah dan berdoa dengan sebanyak
mungkin.
"Gunakanlah
masa yang singkat sewaktu wukuf untuk berdoa dan mendekatkan diri
kepada Allah. Buku-buku doa ada, bacalah," ujarnya.
Ini
tentunya pesanan yang baik dan bermanfaat, bukan saja kepada menteri
dan ahli politik, tetapi untuk sesiapa juga yang pergi menunaikan haji
ke Mekah.
Bolehlah kita ucapkan terima kasih kepada Zahid Hamidi.
2. Kepada kalangan penyanyi yang juga diraikan dalam majlis itu, Zahid mengingatkan mereka agar jangan menyanyi ketika di sana.
Tak
dipastikan sama ada Zahid Hamidi bergurau atau serius mengenai pesanan
sebegitu, tetapi ia seperti tidak kena kerana tidak mungkin penyanyi
mahu menyanyi ketika menunaikan haji.
Mereka
pergi ke Mekah untuk menunaikan haji dan beribadah, bukannya untuk
berkonsert. Penyanyi atau artis yang pergi ke Mekah tentu sudah sedia
maklum mengenai tujuan mereka ke tanah suci.
Jadi,
ucapan Zahid Hamidi itu bagai cuba merendah-rendahkan mereka
seolah-olah golongan artis dan penyanyi tidak tahu hukum agama.
3.
Tidak terkecuali dalam rombongan haji yang diraikan oleh Zahid Hamidi
semalam ialah CEO Utusan Melayu, Noordin Abbas dan beliau dipesankan
supaya banyak berdoa agar syarikat akhbar itu pulih daripada kerugian
yang dialaminya sejak bertahun-tahun lalu.
"Kalau
CEO Utusan mahu syarikat itu tidak lagi rugi macam sekarang, tak payah
cari orang, tetapi berdoalah ketika waktu wukuf," ujarnya.
Masya Allah...apa punya pesanan tu?
Patutkah
seorang Timbalan Perdana Menteri memberi pesanan sedemikian, sedangkan
Utusan Melayu melalui akhbar terbitannya, seperti yang diketahui umum,
lebih banyak menyiarkan berita berat sebelah, putar-belit, berunsur
provokasi dan hasutan hanya untuk kepentingan satu pihak iaitu UMNO?
Kenapa
Zahid Hamidi tidak berpesan agar CEO itu banyakkan berdoa agar dapat
mengemudi Utusan dengan jujur, adil, seimbang serta tidak berat sebelah
dalam laporannya, selain memohon rahmat dan kebaikan untuk diri sendiri?
Atau
ada baiknya juga beliau berpesan agar CEO itu berdoa ke hadrat Allah
mewakili seluruh warga kerja Utusan agar diampunkan segala dosa dan
kesilapan mereka atas laporan-laporan yang berat sebelah, putar-belit
dan tidak adil sebelum ini?
Lagi
pun, jika berdoa agar Utusan dikembalikan keuntungannya sebagaimana
pesanan Zahid Hamidi itu, adakah Tuhan akan memakbulkannya selagi ia
tidak berubah dan masih seperti yang ada sekarang dalam laporan-laporan
beritanya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan