KUALA LUMPUR
– Bekas pegawai khas kepada mantan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul
Samad ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh
Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.
Mengesahkan
penahanan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata,
individu itu ditahan jam 4 pagi tadi di pejabat SPRM Putrajaya selepas
hadir memberi keterangan.
Zahid Md Arip, 51, direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 5 Ogos depan.
Zahid
adalah individu kelima yang ditahan berhubung siasatan pembelian hotel
itu yang disyaki dibeli dengan harga lebih tinggi daripada pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan