Selasa, 7 Februari 2017

Raih keyakinan rakyat tumbangkan BN dalam PRU-14

OLEH HAFIZAN TAIB

CP2A0073-1024x682


 PETALING JAYA: Keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PAKATAN) perlu diraih bagi menolak segala dakyah negatif dilemparkan Barisan Nasional (BN) terhadap gabungan pembangkang itu.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata sekiranya dukungan itu diperoleh maka ia membuka laluan mudah bagi PAKATAN untuk mengambilalih pentadbiran negara dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang.

“Rakyat terutama Melayu ditakut-takutkan akan hilang kuasa (jika pembangkang menang), Cina akan ambil kuasa.

“Sepatutnya apa yang perlu ditakutkan ialah siapa yang jahat (menyalahgunakan kuasa),” katanya dalam sidang meja bulat Selamatkan Malaysua di sini, hari ini.

Beliau berkata, masalah negara dengan kemelut politik dan ekonomi amat membimbangkan dan usaha perlu dilakukan gabungan pembangkang bagi memulihkan keadaan itu.

Katanya, sentimen agama dan perkauman sering dimainkan BN bagi meraih sokongan rakyat harus ditangani kerana ia tidak mengundang suasana sihat bagi negara.

“Kita dituduh anti Raja, liberal agama serta wujud dominasi kaum Cina terutama kepada DAP.

“Ia bahaya untuk negara apabila dimainkan sentimen ini,” katanya.=EZY=

Tiada ulasan: