Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan
sementara bekalan air bermula jam 9:00 malam, 28 Februari 2017 hingga
jam 5:00 pagi, 1 Mac 2017 semasa kerja-kerja pengalihan paip di Jalan
Perindustrian Balakong, Hulu Langat.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Balakong Jaya,
Taman Puncak Utama Balakong, Perusahaan Balakong Jaya dan Perusahaan
Taman Balakong Jaya.
Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin.
Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 28 Februari 2017.
Maklumat terkini mengenai kerja-kerja paip ini boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook atau ikuti “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor”.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan