Jumaat, 24 Februari 2017

Siasat bagaimana Agen Saraf VX boleh masuk

SELANGOR KINI

XW


SEPANG: Polis sedang menyiasat bahan kimia Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau Agen Saraf VX yang digunakan untuk membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, dibawa masuk ke negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ini kerana bahan berkenaan dilarang dibawa masuk ke Malaysia, lapor BH Online.

Bahan kimia itu disenaraikan sebagai senjata kimia dalam Jadual I, Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia 1997.

“Kalau (bawa) masuk dalam jumlah kecil, susah kita nak kesan. Siasatan akan turut dijalankan di lokasi kejadian pembunuhan bagi mengenal pasti sekiranya masih terdapat kesan radioaktif bahan itu.

“Saya tidak cakap ini adalah perbuatan kerajaan Korea Utara (pembunuhan Jong-nam), biar kami jalankan siasatan dahulu,” katanya.

Gas VX merupakan salah satu agen saraf yang paling terkenal dan toksik dalam agen saraf siri-V.

Agen saraf merupakan bahan kimia yang paling beracun dan cepat bertindak di antara bahan kimia yang digunakan dalam peperangan kimia.

Nama kimia gas VX ialah O-ethyl-S-[2(diisopropylamino)ethyl] methylphosphonothiolate dan formula molekulnya ialah C11H26NO2PS =EZY=

Tiada ulasan: