Rabu, 22 Februari 2017

SPRM panggil Adam lagi kes rumah 'Disneyland'

ANTARAPOS.COM
Post Pic
  
 
AMPANG: Ketua Pemuda PKR (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini disoal siasat buat kali kedua oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sumber kekayaannya.
 
Katanya beliau telah menyerahkan dokumen yang lengkap seperti diminta oleh SPRM dan memberi keterangan mengenai perkara itu.
 
“SPRM panggil saya untuk tunjuk dokumen sokongan dan saya dah bagi dokumen itu, saya terangkan secara terperinci.
 
“Saya ucap terima kasih pada SPRM, soalan yang diberikan juga profesional dan tak kaitkan selain dari itu.
 
“Saya harap maklumat yang saya berikan ini memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM untuk jalankan tugas dan sekali lagi saya tabik pada SPRM, sekali dia dapat laporan dia terus buat, buktinya dia panggil kali kedua untuk dapatkan maklumat lebih sahih,” katanya.
 
Adam berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di luar pejabat SPRM di Putrajaya.
 
Tambahnya lagi, beliau tidak tertekan kerana dipanggil SPRM sebaliknya menggagap ia adalah ujian yang perlu ditempuhi.
 
“Tak, tiada masalah. Saya anggap ini sebagai satu cabaran hidup yang perlu kita lalui dengan matang sebagai anak muda yang minat dengan politik, ini salah satu cabaran yang perlu saya tempoh.
 
“Mungkin lepas ini pelbagai soalan lagi,” katanya.
 
Pada 10 Februari lalu Adam telah disoal siasat oleh SPRM berhubung pemilikan empat buah banglo yang salah seperti Disneyland.
 
Tahun lalu, Datuk Seri Jamal Md Yunos - yang baru meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Sungai Besar - mendakwa banglo Adam bernilai RM7 juta dan memiliki beberapa kereta mewah.
 
Adam bagaimanapun mendakwa, nilai banglo yang dibelinya itu bernilai RM1 juta selepas membida dalam lelongan.
 
Anggota parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula memberitahu kekayaan Adam datang daripada bapanya yang merupakan seorang ahli perniagaan.
 
 

Tiada ulasan: