Ahad, 26 Februari 2017

Jamal Bidas Azmin Lantik Orang Bankrap Urus YAWAS

 
 



Pengurusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos pada Sabtu mempersoalkan tindakan Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali melantik seorang individu yang telah diisytiharkan bankrup selaku Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Kamsani Nasir.

Menurut Jamal, Azmin perlu menjelaskan kepada rakyat Negeri Selangor, bagaimana Kamsani dipilih bagi menguruskan duit rakyat negeri Selangor berjumlah lebih RM200 juta setiap tahun sejak 2008.

“Timbul persoalan yang perlu dijelaskan. Adakah Kamsani merupakan pihak yang menyimpan rahsia salahguna kuasa Duit SMUE (Khairat Kematian) berjumlah lebih RM5 Juta?,” soal Jamal dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Program Skim Mesra Usia Emas dikelolakan dibawah Pengurusan Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) mulai tahun 2008.

Bermula Daripada tahun 2008, Kamsani telah dipilih selaku Pengurus Besar Rantaian Mesra Sdn Bhd untuk menguruskan dana Skim Mesra Usia Emas (Khairat Kematian) menggunakan peruntukan kerajaan Negeri Selangor.

Manakala pada September 2016 Syarikat RMSB dan YAWAS digabungkan sebagai satu entiti yang dipanggil Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang mengelolakan 9 Skim Peduli Rakyat Di Bawah Kerajaan Negeri Selangor.

yawas

Tiada ulasan: