Rabu, 22 Februari 2017

Sidang meja bulat PR1MA: Pemuda Umno sahut pelawaan Pemuda Amanah

 DALIA ISMAIL

Nazir Hussin Akhtar HussinNazir Hussin Akhtar HussinPemuda Umno bersedia pada bila-bila masa untuk bersama dalam sidang meja bulat membincagkan mengenai Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) yang diperkenalkan Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang akan dianjurkan Pemuda Amanah pada Mac ini.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, Pemuda Umno tiada sebarang keraguan untuk hadir mana-mana perdebatan atau pun forum yang dianjurkan mana-mana pihak sekiranya ia bertujuan untuk mencari kebaikan.

"Namun saya lebih berminat kepada perkara yang menjurus ke arah kebaikan jika mana-mana perbincangan itu mestilah menjurus kepada mencari kebaikan.

"Tapi kena ingat perbincangan itu bukan untuk mencari silap.

"Jika nak debat pun boleh, forum pun boleh, apatah lagi sidang meja bulat ...insyallah boleh.

"Tapi kena maklumkan lebih awal," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Mohamad Ammar AtanMohamad Ammar AtanMalaysia Dateline hari ini melaporkan pelawaan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Amanah Mohamad Ammar Atan dalam sidang medianya di pejabat Amanah hari ini, bercadang mengadakan satu sidang meja bulat perumahan pada penghujung Mac ini.

Dimaklumkan Amanah akan menjemput pakar hartanah, perbankan, ahli akedemi dan turut berhasrat menjemput Pemuda Umno dalam membincangkan isu dasar perumahan rakyat.

Mohamad Amar yang juga Exco Pemuda Amanah berkata, Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) yang diperkenalkan Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) tidak membantu golongan rakyat berpendapatan rendah atau B40 membeli rumah menerusi skim berkenaan.

Katanya, skim itu tidak akan menyelesaikan isu asas yang sedang dihadapi rakyat.

“Saban tahun PR1MA melebarkan kadar pendapatan pemohon rumah PR1MA sejak 2012 dan kini sehingga RM15,000.

“Pada kadar pendapatan ini, jelas PR1MA bukan lagi hanya untuk rakyat berpendapatan pertengahan dan ke bawah, malah mereka berpendapatan tinggi atau T20 masih ramai tidak memiliki rumah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Amanah hari ini.

Beliau berkata demikian susulan tindakan Pemuda Umno yang membidas dakwaan Amanah yang skim itu akan membebankan pembeli rumah serta mewujudkan “masyarakat penghutang”.

Jumaat lalu, Nazir dalam satu kenyataan mempertahankan skim berkenaan dan mendakwa tindakan Ammar itu secara halus cuba memberi tanggapan tidak baik kepada pembeli yang ingin membeli rumah melalui skim itu.

Nazir berkata, semua pihak perlu melihat inisiatif berkenaan dengan perspektif lebih luas apabila wujud kekangan yang perlu dihadapi sebahagian besar golongan muda untuk mendapat pinjaman perumahan.

Bagaimanapun, hari ini Ammar menyangkal kenyataan Nazir dan berkata kenyataan Pemuda Umno itu dangkal serta tidak mempunyai asas terhadap realiti kehidupan rakyat.

Tiada ulasan: