“Jika Radzlan menteri besar, Azmin mungkin perdana menteri,” demikian gurau Naib Ketua AMK Malaysia, Mohd Radzlan Jalaludin.
Gurauan itu tercetus selepas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengusik Radzlan yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor ketika wancana Sinar Harian Siri 45 bertajuk Perjuangan Atau Populariti yang berlangsung di Auditorium Kompleks Media Karangkraf, semalam.
“Untuk mencapai populariti dalam perjuangan, jangan kita gadaikan usah kita gadai nilai kita orang Melayu. Ini ‘basic’ dalam perjuangan dan usah gadaikannya.
“Kita hanya orang biasa dan jagalah akhlak kita. Usahlah kita gadaikannya, kita boleh berdemonstrasi, kami dari PKR teguh dengan pendirian kebebasan bersuara. Tapi usah kita langgar tatasusila, akhlak dan provokasi,” katanya.
Tambahnya, ini yang perlu kita jaga dan Insya-ALLAH perjuangan kita akan didengari.
Beliau berkata, tiada halangan untuk berdemonstrasi, tetapi jika ianya mencetuskan provokasi dan ketidaksenangan masyarakat sekeliling itu pastinya membahayakan perjuangan.
Katanya, jika perjuangan itu ikhlas, orang akan terima. Jika kita berjuang dengan baik, elok, masyarakat akan nampak dan kita akan popular.
Beliau memberikan contoh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai pemimpin yang memperoleh populariti berdasarkan perjuangannya.
“Contohnya, Menteri Besar Selangor yang saya akan gantikan Insyaallah (gurau), mencapai populariti 62 peratus berbanding tahun lepas hanya 56 peratus.
“Ini kerana perjuangan beliau ialah cakap kurang tapi buat kerja lebih. Itu prinsip perjuangan kita,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa mana-mana ahli politik yang memasuki bidang itu kerana populariti seperti bunuh duri.
“Mana-mana pimpinan politik masuk bidang ini adalah kerana perjuangan. Sama ada jawapan itu retorik atau genuine itu adalah perkara kedua. Jadi itulah politik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan