ANTARAPOS.COM
SEREMBAN: Lima murid tahun satu Sekolah Rendah Islam (SRI) Seremban di
sini disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) petang semalam.
Kanak-kanak terbabit didapati positif virus tersebut selepas
mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini akibat demam.
Dua daripada kanak-kanak itu kini dirawat di hospital manakala tiga lagi dipantau di rumah masing-masing.
Pihak sekolah dalam satu memo kepada ibu bapa memberitahu, murid lain
yang mengalami demam tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan diminta
supaya berehat di rumah.
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRI Seremban,
Nordaniel Hamzah ketika dihubungi mengesahkan memo itu dikeluarkan oleh
pihak sekolah.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr.
Zainudin Mohd. Ali memaklumkan pihaknya sedang menyiasat perkara
tersebut.
"Saya ada mendengar tentang kes itu dan pihak kami sedang mendapatkan
pengesahan mengenainya kerana kes berkenaan dikendalikan hospital
swasta.
"Baru-baru ini satu kes H1N1 turut dilaporkan berlaku di Jempol,
bagaimanapun secara umumnya H1N1 di Negeri Sembilan masih terkawal,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan