Selasa, 28 Februari 2017

Muhyiddin masih harap kerjasama PAS hadapi PRU14

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih mengharapkan agar PAS dapat bekerjasama dengan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
 
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau masih menekankan bahawa pentingnya kerjasama antara partinya dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
 
"Pimpinan parti (komponen) dalam Pakatan Harapan (PH)Bersatu (PPBM) dan termasuk juga PAS bersedia mengenepikan perbezaan sesama kita, dengan meletakkan sasaran kepentingan rakyat mengatasi segalanya," kata Muhyiddin.
 
Beliau berkata demikian sewaktu berucap di program Kenduri Bersatu 2017 di Paya Jaras, semalam. 
 
Pada awal Februari lalu, PPBM mengadakan pertemuan dengan PAS bagi membincangkan rundingan ke arah menghadapi pilihan raya, namun sehingga kini tiada kata putus bersabit perkara tersebut.
  
Pada hari ini, PPBM akan PH akan mengadakan perbincangan berhubung soal pembahagian kerusi dalam menghadapi PRU14 kelak.
 
Perbincangan itu menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, melibatkan empat parti sahaja, iaitu parti-parti dalam komponen PH, dan juga PPBM.
 
Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berpandangan, dengan adanya perbincangan agihan kerusi PH-PPBM ini, ia mungkin menjejaskan rundingan PAS-PPBM.   

Tiada ulasan: