Selasa, 7 Februari 2017

Perogol bersiri tiba di Malaysia

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
SEPANG: Bekas perogol bersiri warga Malaysia paling berbahaya, Selva Kumar Subbiah yang dibebaskan daripada hukuman penjara selama 24 tahun di Kanada tiba di Malaysia pada pukul 7.30 pagi ini.
 
Dia yang baru bebas daripada menjalani hukuman penjara atas 19 kesalahan serangan seks, 28 kesalahan berkaitan dadah, 10 kesalahan pelbagai serangan dan 12 kesalahan lain tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini dengan menaiki penerbangan Qatar Airways, QR0844 dari Doha.
 
Difahamkan, pihak polis dan imigresen telah merekod keterangannya sejurus tiba di tanah air.
 
Walau bagaimanapun, kelibat Selva Kumar, 56, tidak kelihatan keluar di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA meskipun kira-kira 20 petugas media telah menunggu di balai tersebut sejak awal pagi.
 
Dia sebaliknya dikatakan berjaya mengelak pihak media dengan keluar di pintu yang berlainan iaitu di Balai Ketibaan Domestik KLIA kira-kira pukul 9.50 pagi.
 
Hukuman penjara Selva Kumar tamat pada hujung bulan lalu selepas dia mula menjalani hukuman penjara pada 1992. 
 

Tiada ulasan: