Selasa, 7 Februari 2017

Pimpinan PKR tak hadir majlis Zaid masuk DAP

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar & Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau tidak kecil hati dengan tindakan pimpinan utama PKR tidak hadir pada majlis penyertaannya ke dalam DAP, pagi tadi.
 
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyertai PKR pada tahun 2009 namun keluar daripada parti itu kurang setahun kemudian selepas mendakwa pemilihan parti itu sarat dengan penipuan.
 
Ketika itu, beliau juga membidas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
Zaid berkata beliau menjemput pemimpin utama PKR ke majlis hari ini untuk mengumumkan kemasukannya ke dalam DAP namun mereka ada komitmen lain.
 
"Ya saya ada menjemput mereka ke sidang media pagi ini tetapi mereka perlu ke mahkamah untuk kes Anwar,” kata beliau, merujuk kepada kes saman fitnah Anwar terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
 
Bagaimanapun, Zaid menegaskan hubungan beliau dengan pemimpin PKR “masih baik”.
 
Hadir di sidang media berkenaan bersama Zaid adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad. 
 
 

Tiada ulasan: