PETALING JAYA: Penganjur perhimpunan ‘Rakyat Malaysia tolak RUU Hadi’
yang pada mulanya memilih Padang Merbok untuk berkumpul pada 18 Februari
ini akan berpindah ke lokasi lain.
Keputusan itu dibuat susulan kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) kepada PAS untuk menganjurkan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok
pada hari sama.
Perhimpunan balas itu bagi memprotes rang undang-undang persendirian
bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU
355 yang dibentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dikendalikan badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Bebas,
penganjurnya memilih Padang Timur di Dataran Petaling Jaya, berhampiran
pusat beli-belah Amcorp Mall untuk mengadakan perhimpunan pada hari
sama.
Bebas juga terkejut dengan keputusan DBKL memberi kelulusan kepada PAS untuk menggunakan lokasi asal mereka berhimpun.
“Ia menunjukkan keinginan PAS untuk mencetuskan kekecohan dan
menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang ingin menyuarakan bantahan mereka
terhadap RUU 355 secara aman.
“Memandangkan Bebas tidak berminat berkonfrontasi dengan PAS, kami
memutuskan berpindah ke lokasi lain. Kami sudah maklumkan kepada polis,
seperti diperuntukkan undang-undang,” kata ahli NGO itu, Azrul Mohd
Khalib dalam kenyataan, Rabu.
Pada pagi Rabu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin
Abdul Aziz memaklumkan persetujuan untuk PAS menggunakan Padang Merbok.
“Permohonan ini dipersetujui memandangkan Taman Tasik Titiwangsa
terlibat dengan kerja naik taraf untuk (projek) ‘River of Life’ yang
tidak membenarkan sebarang aktiviti besar diadakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan