Rabu, 8 Februari 2017

Zaid Ibrahim masuk DAP, PKR tidak 'terkesan' langsung - Elizabeth Wong

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemimpin PKR mendakwa kemasukan Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP tidak meninggalkan 'kesan' kepada partinya.
 
Elizabeth Wong yang juga Exco Selangor berkata lebih penting adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tetap meneruskan perjuangan pembangkang untuk menewaskan kerajaan Barisan Nasional (BN).
 
"Kita dah bekerjasama dengan Zaid sudah lama, sebelum ini dalam PKR. Jelas beliau tinggalkan parti dengan cara yang tidak menggembirakan. 
 
"Tetapi kita juga terbuka apabila beliau menyertai DAP, kerana kita dalam (perjuangan) bersama. Ini masa terbaik. dan saya ucapkan selamat berjaya dan kita boleh bekerjasama. Sebab matlamat kita sama, bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang lain," katanya kepada pemberita, petang tadi.
 
Elizabeth bagaimanapun enggan mengulas ketidakhadiran pemimpin PKR ke majlis pengumuman Zaid itu, namun mengakui dirinya terlibat dengan mesyuarat exco pada semalam.
 
Zaid, pada semalam menyertai DAP dengan 'harapan' untuk menarik sokongan akar umbi Melayu terhadap parti itu yang sering ditanggapi sebagai anti-Islam dan anti-Melayu.
 
Penyertaan Zaid ke dalam DAP itu bagaimanapun diiringi amaran oleh penasihat parti itu, Lim Kit Siang.
 
Ujarnya, Zaid haruslah menjadi 'team player' dan bukannya 'primadona' selain berharap agar bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor PKR itu 'bertahan lama' dalam DAP.
 
DAP diramalkan akan meletakkan Zaid sebagai calon kerusi Parlimen Gelang Patah di Johor Bahru bagi membolehkan Kit Siang bertanding di kawasan lain.
 
Sebelum ini Zaid menyertai PKR pada tahun 2009 namun keluar daripada parti itu kurang setahun kemudian selepas mendakwa pemilihan parti itu sarat dengan penipuan.
 
Ketika itu, beliau juga membidas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Tiada ulasan: