Oleh Nur Atiqah Samad
KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 orang berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika
Syarikat bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan Presiden Donald
Trump yang melaksanakan sekatan kepada tujuh negara majoriti Muslim dan
pelarian ke negara itu.
Himpunan
yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH) bersama Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) dan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) hari ini
menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan yang mendesak Amerika
Syarikat untuk menarik balik sekatan berkenaan.
Dalam memorandum ini menyebut Trump telah melakukan satu tindakan
bersifat perkauman dan diskriminasi agama terhadap masyarakat Islam yang
dilanda konflik akibat perang dan penaklukan yang dibuat Amerika
Syarikat.
Memorandum ini diserahkan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu bersama
Presiden Kesatuan Antarabangsa Belia Sosialis DAP Howard Lee kepada
wakil kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.
"Kita nyatakan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh Donald Trump
yang mengarahkan terhadap 7 buah negara dan juga hak-hak asasi manusia
terjejas di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Amerika yang
sepatutnya mempertahankan dalam hal hak asasi, sekarang dia terbalik,"
katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
"Arahan Trump itu jelas sebagai diskriminasi dan melanggar hak asasi
manusia. Walaupun ia secara jelas tidak menyatakan sekatan itu ditujukan
kepada umat Islam. Mengikut Seksyen 5B secara jelas menyatakan untuk
mengutamakan tuntutan pelarian yang dibuat oleh individu di atas dasar
penganiayaan berasaskan agama individu tersebut," menurut Lee.
Pemimpin pembangkang yang yang hadir adalah Ketua Setiausaha
Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha
Publisiti DAP Tony Pua, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.
Antara wakil NGO lain yang bersama-sama dalam himpunan ini adalah
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Malaysian Progressives in
Australia (MPOZ) dan lain-lain lagi.
Trump pada minggu lalu mengeluarkan arahan untuk membekukan kemasukan
pelarian dari warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria termasuk
Yaman selama empat bulan.
Trump berkata, pentadbirannya memerlukan masa mewujudkan proses penapisan lebih ketat bagi pelarian, imigran dan pelancong.
Arahan berkenaan dilaksanakan bertujuan mengutamakan pelarian yang
melarikan diri daripada penindasan agama, dan Trump pernah berkata ia
untuk membantu warga Syria beragama Kristian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan