Rabu, 15 Februari 2017

Kelantan isytihar cuti peristiwa pada Ahad sempena Himpunan RUU 355

BERNAMA
 
 
Datuk Mohd Amar Nik AbdullahDatuk Mohd Amar Nik AbdullahKerajaan Pas Kelantan mengisytiharkan Ahad ini (19 Februari) sebagai cuti peristiwa sempena Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia bagi memberi peluang kepada rakyat Kelantan untuk turut serta dalam himpunan tersebut bagi memastikan mereka tidak pulang dalam keadaan tergesa-gesa selepas perhimpunan itu tamat.

"Ia sebagai sokongan moral kerajaan negeri kepada usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah melalui pindaan kepada Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016).

"Ia juga bagi membolehkan seberapa ramai rakyat Kelantan untuk menyertai himpunan itu nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Pada 24 Nov lepas, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Tiada ulasan: