PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihati orang ramai
agar berhati-hati dengan individu-individu yang menyamar sebagai pegawai
SPRM.
Timbalan
Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya
menerima banyak maklumat bahawa individu-individu ini mendakwa diri
mereka kononnya boleh menyelesaikan kes-kes SPRM.
“SPRM telah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam perbuatan tidak beretika itu yang boleh menjejaskan imej SPRM.
“Individu-individu
ini dipercayai telah menggunakan nama pegawai kanan SPRM dan meminta
sejumlah wang bagi tujuan menyelesaikan kes-kes tersebut.
“Individu-individu
terbabit mendakwa mereka boleh menyelesaikan kes-kes SPRM yang masih
dalam siasatan, perbicaraan mahkamah serta membersihkan nama mereka yang
terdapat dalam senarai siasatan SPRM,” katanya dalam satu kenyataan
media, semalam.
Sehubungan
itu, Azam berkata, SPRM berharap agar orang ramai tidak terperdaya
dengan dakwaan seperti itu dan meminta mereka menghubungi SPRM terlebih
dahulu untuk mengesahkan perkara tersebut.
Katanya,
SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang
menyalahgunakan nama pegawai-pegawai SPRM bagi kepentingan diri sendiri
dan siasatan akan dijalankan bagi membolehkan SPRM mengambil tindakan ke
atas mereka.
“Mana-mana
individu yang terlibat gagal melaporkan perkara tersebut kepada SPRM,
tindakan akan diambil ke atas mereka atas kesalahan bersubahat,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan