Isnin, 3 Oktober 2016

Umno disaran jangan mudah terima pengkhianat seperti Ezam

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno digesa mengambil pengajaran untuk tidak mudah percaya atau menerima mana-mana pihak yang pernah menjadi pengkhianat dan dijadikan ahli parti selepas ini.
 
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii menegaskan, pengkhianat akan selamanya menjadi pengkhianat.
 
Beliau berkata demikian merujuk kepada bekas senator Dewan Negara, Datuk Mohamad Ezam Mohd yang keluar parti semalam.
 
"Ambillah ini sebagai pengajaran .. kalau tak faham politik, jangan tunjuk pandai... nasihat jadi "punahsihat"...
 
"Kesetiaan bukan boleh dibeli dengan jawatan atau imbuhan ...
 
"Kalau dah ada rekod pengkhianat itu .. tatap pengkhianat selamanya...," katanya yang dipetik daripada laman sosial Facebooknya.
 
Katanya lagi ahli Umno yang setia kepada parti pun belum tentu mendapat layanan seperti Ezam.
 
"Dalam politik ini, kesetiaan paling penting, belum cukup hanya tunjuk setia, kena uji lagi kesetiaan dengan pelbagai rintangan.
 
"Itupun belum tentu diberi tanggunjawab, bila ada kekosongan.. boleh pulak diberi kepada orang yang khianat parti, lepas tu jawatan macam-macam.
 
Semalam Ezam mengumumkan keluar daripada Umno atas alasan mahu mempertahankan prinsipnya.
 
Beliau mendakwa Umno dilihat tidak serius dalam perjuangan menentang rasuah apabila Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang diperjuangkannya tidak dimansuhkan.
 
Ezam sebelum ini pernah meninggalkan PKR pada tahun 2007 dan setahun selepas itu menyertai Umno ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dan presiden parti Melayu itu.
 
 

Tiada ulasan: