Selasa, 16 Ogos 2016

Bantah perobohan Puncak Purnama, aktivis berarak ke Suhakam

Anne Muhammad


Susulan tindakan Dewan Bandaraya KualaLumpur (DBKL) merobohkan tugu Puncak Purnama, sekumpulan aktivis seni hari ini berarak ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk membuat bantahan.

Kira-kira 200 aktivis berarak sejauh 250 meter bermula dari pusat membeli belah Sogo di ibu negara ke pejabat Suhakam bagi menghantar memorandum bantahan.

Mereka mula berarak pada jam 2.10 petang tadi sambil menyanyikan lagu 'rasa sayang' dan memainkan pelbagai alatan muzik.

Mereka turut membawa deretan panjang kain batik sepanjang pehimpunan itu.

Selain itu, kumpulan berkenaan turut membawa sepanduk yang antaranya, tertera perkatataan 'Solidariti Puncak Purnama' , 'Selamatkan seni masa depan' dan 'Buta Seni Tak Pa, jangan Jadi Penghancur Seni'.

Susulan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan tugu Puncak Purnama, sekumpulan aktivis seni berarak ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk menyatakan bantahan.

Kira-kira 200 aktivis berarak dari pusat beli belah Sogo di ibu negara ke pejabat Suhakam tidak jauh dari situ bagi menghantar memorandum bantahan.

Mereka mula berarak pada jam 2.10 petang tadi sambil menyanyikan lagu “Rasa Sayang” dan memainkan pelbagai lagu.

Penuh warna-warni, kain batik dijadikan kain rentang menyatakan bantahan itu.

Kumpulan berkenaan turut membawa sepanduk yang antaranya, tertera perkataan “Solidariti Puncak Purnama” , “Selamatkan seni masa depan” dan “Buta seni tak apa, jangan jadi penghancur seni”.
Arca awam Puncak dirobohkan Julai lalu.

Pelbagai persembahan simbolik turut dipersembahkan di depan bangunan menempatkan Suhakam, termasuk nyanyian, bacaan pusi dan persembahan teater ringkas.

Memorandum itu diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam Datuk Lok Yim Pheng.

Sementara itu pengumpul karya seni Zain Azahari Zainal Abidin ketika berdialog dengan Lok, nada percakapannya sedikit emosi.

Zain adalah bekas pengerusi Bank UMBC yang menyerahkan arca Puncak Purnama kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 1986.

Katanya, beliau cukup terkilan apabila DBKL merobohkan karya yang dibina 30 tahun lalu itu dengan memberi alasan ia tidak lagi dapat dibetulkan.

“Saya sangat terkilan, sudah menjadi tanggungjawab DBKL untuk menjaga tugu itu. Tapi mereka kata ia tidak boleh lagi dibaiki.

“Saya bertanya pada diri saya, Piramid Sphinx berusia beribu tahun boleh dibaiki tapi tugu yang berusia 36 tahun itu tidak boleh dibaiki,” katanya.

Bagi Sasterawan Negara Baharuddin Zainal pula, beliau menyifatkan perobohan tugu itu adalah sejarah hitam dan ia sungguh mengaibkan seni rupa negara.

Katanya, semua pihak seharusnya sedar mengenai kepentingan harta intelek terutamanya di kalangan ahli politik dan juga pemerintah.

Katanya, seniman bergelut mengenai harta intelek iaitu hasil seni mereka tetapi ‘kejahilan’ berlaku di kalangan pemimpin politik dan pegawai awam.

“Saya bukan pelukis tapi saya seorang penulis. Dalam gambaran lebih besar iaitu kepentingan harta intelek dalam negara kita, satu negara yang bertaraf dunia dan berpendapatan tinggi dalam beberapa tahun tidak boleh mengabaikan harta intelek.

“Ramai tak tahu tentang harta intelek kecuali peguam. Seniman bergelut dengan aktiviti dia dan kehidupan dia tapi kalau kejahilan berlaku di kalangan pegawai awam dan pemimpin politik ini luar biasa,” kesalnya.

Sementara itu pelukis Saiful Azman berkata pihaknya kini sedang bekerjasama dengan ahli akademik di universiti awam dan swasta serta dan Majlis Warisan Kebangsaan untuk menyenaraikan arca dan karya penting bagi digazetkan.

Ia bertujuan untuk memelihara dan menjadi benteng terakhir dalam mempertahankan karya-karya seni tanah air.

Sesi dialog itu berlangsung selama satu jam dan selepas mendengar rintihan dari penggiat seni, Lok berkata pihaknya akan meneliti perkara tersebut.

Antara tokoh yang menyertai bantahan dan sesi dialog itu Baha Zain, Zain Azahari, U-Wei Saari, Hamidah Mohd Noor balu Syed Ahmad) dan Syed Nabil Syed Ahmad (anak) serta pegawai Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Peserta perhimpunan itu bersurai pada jam 5 petang.



Tiada ulasan: