Khamis, 3 Disember 2015

Pindaan nama kawasan Parlimen, DUN Sarawak

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan pindaan nama ke atas kawasan Parlimen Mambong (P.198) di Sarawak kepada Parlimen Puncak Borneo.
 
Pindaan nama turut disyorkan ke atas empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak iaitu:
 
* N.19 daripada Bengoh ke Mambong
* N.34 daripada Batang Air ke Batang Ai
* N.41 daripada Belawai ke Kuala Rajang
* N.68 daripada Kidurong ke Tanjung Batu
 
Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul mengenai laporan kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak hari ini di Parlimen. 
 
Di dalam kandungan laporan itu adalah, penambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) meliputi DUN Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong,Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu. 
 
 
 
Ujar Najib, dengan pertambahan bahagian pilihan raya itu, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap perkhidmatan wakil rakyat kepada penduduk tempatan di Sarawak khususnya penduduk yang berada dalam kawasan bahagian pilihan raya negeri itu.

Tiada ulasan: