Gegak gempita sebentar apabila dikatakan
kerajaan Malaysia telah membuat perubahan terhadap Bahagian Pinjaman
Perumahan Perbendaharaan Malaysia BPP.
Yang mana BPP ini telah diperbadankan
dan diberikan nama baru iaitu Lembaga Pembiayaan perumahan Sektor Awam
LPPSA. Ini sekaligus meletakkan LPPSA sebuah lagi badan berkanun di
Malaysia.
Bersama-sama itu telah ada satu akta baru iaitu Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 telah diwujudkan yang mana
- telah digubal dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 6 April 2015
- Dewan Negara pada 22 April 2015
Macam-macam khabar angin dan cerita
keluar selepas itu yang pasyinya merisaukan kalangan kakitangan kerajaan
yang belum memiliki rumah sendiri mellaui kemudahan pinjaman perumahan
penjawat awam.
- Ada yang mengatakan LPPSA adalah anak syarikat CIMB
- Kadar faedah yang ditetapkan oleh CIMB sekitar 5.5 peratus untuk 1-3
- Tahun yang pertama, manakala tahun ke 6 boleh sampai kadar faedahnya mencecah 6 peratus
- Rumah di bawah RM300,000 tidak dibenarkan menghantarkan permohonan
- housing loan atau pinjaman perumahan kepada LPPSA
- Macam-macam tuduhan yang dilemparkan
Nasihat Berita Semasa, jangan percaya
khbara angin seperti di atas ini. Dapatkan kepastian atau tunggu sahaja
pekeliling yang sebenar melibatkan intipati dan butiran pinjaman
perumahan LPPSA ini.
Faedah Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan : Penjelasan MOF?
Berdasarkan semakan Berita Semasa dengan pegawai pihak Kementerian Kewangan Malaysia MOF :
- Tiada sebarang dasar baru mahupun perubahan terma melibatkan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan ini
- Kemudahan dan kelebihan penjawat awam seperti kadar fedah pinjaman perumahan kerajaan 4 peratus, jumlah kelayakan dan lain-lain lagi masih lagi kekal. Usah risau!
- Tidak boleh sama sekali badan berkunan duduk di bawah swasta seperti mana dakwaan LPPSA adalah anak syarikat CIMB. Tuduhan yang sama sekali tidak berasas.
- Bermula 1 Januari 2016 ini, pinjaman perumahan Kerajaan melibatkan pegawai dan kakitangan Kerajaan Persekutuan akan diserahkan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA
Usah buat kenyataan yang mengelirukan.
Walauapapun, nantikan sahaja pekeliling skim pinjaman perumahan di bawah
LPPSA ini kelak. Cuepacs pastinya akan bangkit lebih awal, jikalau ada yang tidak kena dengan LPPSA ini.
PP/S : Gambar butiran pekeliling skim
pinjaman perumahan di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
LPPSA boleh anda semak dengan klik gambar-gambar di bawah ini….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan