Khamis, 3 Disember 2015

Nasihat PasMa kepada Mat Sabu: 'Jaga tepi kain sendiri'

ANTARAPOS,COM


Post Pic



GEORGE TOWN: Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi hari ini menasihatkan Mohamad Sabu atau Mat Sabu supaya jangan menjaga tepi kain parti pembangkang lain.

Phahrolrazi berkata, kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bahawa PAS sudah diresapi oleh pemikiran agama ekstrem dan ideologi Islamic State (IS) adalah tidak wajar.

Ditanya jika dakwaan Mat Sabu itu benar, Phahrolrazi yang juga bekas orang kuat PAS di Kedah berkata, beliau tidak ada maklumat mengenai perkara berkenaan.

“Saya tidak ada maklumat mengaitkan PAS dengan ISIS.

“Saya juga tidak ada maklumat berkaitan kriteria mengaitkan PAS dengan ISIS,” katanya kepada wartawan hari ini.

Semalam, Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS mendakwa PAS diresapi oleh ideology IS dan ekstrem.

Katanya, pengaruh ideology ektrem dalam PAS itu juga salah satu sebab sekumpulan pemimpin progresif, termasuk beliau, mengambil keputusan keluar daripada parti dan menubuhkan Amanah.

Tiada ulasan: