Selasa, 20 Oktober 2015

Tiada masalah jadi ‘backbencher’, kata Muhyiddin

MALAYSIAKINI


 


Semasa sidang Parliament Jun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin duduk bersebelahan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun pada sidang parlimen hari ini, beliau ditempatkan bersama ‘backbenchers’ BN ataupun penyokong kerajaan berikutan keputusan Najib menggugurkannya.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak kisah dengan perubahaan itu.

“Saya berada di kedudukan sama sebelum ini apabila berada bersama backbencher. Ini bukan masalah bagi saya,” kata timbalan presiden Umno dan ahli parlimen Pagoh itu yang dipetik Sin Chew Daily.

Bekas menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga tidak kisah dengan kedudukan barunya.

Sebagai seorang wakil rakyat, naib presiden Umno itu berkata yang penting adalah mewakili rakyat dan memastikan negara berada pada landasan yang betul.

Ditanya bagaimana perasaannya ditempatkan di barisan yang sama bersama Muhyiddin dan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Semporna itu sekadar berkata semua mereka adalah rakannya.

Seperti Muhyiddin, Shafie juga digugurkan daripada jemaah menteri pada akhir Julai lalu kerana lantang membidas 1MDB.

Tiada ulasan: