Selasa, 6 Oktober 2015

Tajuddin: Bising sampai kiamat pun, saya peduli apa

Geraldine Tong 





Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman masih tidak kisah dengan tuntutan Pemuda MCA supaya beliau memohon maaf.

Beliau yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani berkata beliau enggan melayan tuntutan tersebut dan Pemuda MCA boleh "buat bising hingga kiamat".

"MCA suruh saya minta maaf? Apa dosa saya sehingga saya perlu minta maaf?

"Apa salah saya, (yang saya) buat dengan MCA? MCA banyak buat salah tu," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Tajuddin mengulas tuntutan Pemuda MCA yang masih mahu beliau memohon maaf kerana mengugut hendak “melempang” orang Cina di Malaysia.

Ketuanya, Chong Sin Woon berkata pihaknya tetap mahukan perkara itu walaupun Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata isu itu akan diselesaikan melalui mekanisme dalaman BN.

Tiada ulasan: