SEMPORNA: Hujan lebat disusuli ribut di daerah ini awal pagi tadi
mengakibatkan beberapa blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK)
Bangau-Bangau di sini, rosak teruk hingga menjejaskan hampir 1,200
murid.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, bumbung dua blok bangunan kelas itu
tercabut diterbangkan angin sehingga menjejaskan enam bilik darjah,
pejabat pentadbiran, kantin serta stor buku teks.
Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, berkata berdasarkan laporan awal kerosakan dianggarkan bernilai RM500,000.
"Kerosakan akibat ribut di sekolah terbabit menjejaskan sesi
pembelajaran bagi sesi pagi dan petang membabitkan 1,152 murid serta 60
guru dan lapan kakitangan pengurusan," katanya ketika dihubungi.
Tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian itu kerana tiada sesiapa berada di sekolah ketika ribut melanda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan