Tol Naik, Harga Barang di Malaysia Diberikan Amaran Menteri Jangan Naik Juga!
Kenaikan tol naik bukan sahaja berikan
satu bebanan rakyat Malaysia khususnya yang berulang-alik ke tempat
kerja dari kediaman masing-masing apabila acapkali poket mereka bocor
dan bocor setiap kali melalui deretan pondok kecil yang dipacakkan di
tengah-tengah lebuhraya.
Tetapi tol naik juga berikan
kesengsaraan tambahan apabila pemborong dan peniaga yang terpaksa
mengalami kos tambahan ketika penghantaran barang yang akhirnya bebanan
tersebut akan dipulangkan kepada end user iaitu anda, anda semua
termasuklah kalangan kami Berita Semasa.
Tiba-tiba, Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin tampil ke
hadapan dengan berikan pesanan dan amaran kepada peniaga jangan gunakan
alasan kenaikan tol naik untuk buatkan harga barang naik di Malaysia.
Harga Barang Naik VS Tol Naik?
Alasan yang diberikan menteri adalah :
- Bukan semua pengguna lori menggunakan tol yang disenaraikan dalam pengumuman kenaikan tol naik baru-baru ini
- Peniaga tidak sepatutnya naik harga barang dengan peratusan kenaikan tol naik
- Tidak banyak lorong yang menggunakan lebuhraya
P/S : Senang betul jadi menteri hari ini, boleh main berikan pesanan sahaja tanpa berfikir 2, 3 kali apa yang diungkapkan.
PP/S : Tol naik, kos harga barang tidak naik? Adakah peniaga, pemborong yang akan tanggung kenaikan kos penghantaran tersebut? Ermm…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan