Jika pihak pengurusan tidak mengambil tindakan
segera, Plaza Low Yat akan gulung tikar tidak lama lagi kerana sikap
kurang ajar peniaga-peniaga.
PETALING JAYA: Pihak pengurusan Plaza Low Yat didesak supaya menghalau perniaga yang bertindak kurang ajar terhadap pembeli terutama dengan melakukan provokasi kaum melampau.
Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos membuat desakan itu ekoran dakwaan terbaharu pembeli yang dilayan secara kasar oleh peniaga telefon bimbit di situ.
“Saya ada baca dalam Facebook masalah yang terbaharu berlaku di Low Yat (Melayu dihalau) tetapi kita tidak pasti apa yang berlaku itu benar atau tidak, tetapi kalau benar kejadian itu berlaku sepatutnya perniaga di sana mesti mempunyai nilai dan tahap profesional yang tinggi dan tidak harus bersikap demikian.
“Kalau benar berlaku provokasi tersebut, saya memberi amaran, kepada pemilik dan pihak pengurusan Low Yat supaya menamatkan sewaan atau menghalau peniaga ini, kalau benda ini berterusan saya percaya Low Yat akan gulung tikar tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau juga memberi amaran kemungkinan perkara buruk akan berulang sekiranya pihak terlibat tidak mengambil tindakan tegas.
“Saya khuatir kalau pihak pengurusan atau pemiik Low Yat tidak melakukan sesuatu siasatan terhadap perbuatan itu, saya tidak menolak bahawa perkara tidak diingini untuk kali kedua akan berlaku.
“Saya juga mintak pengguna yang terkena supaya membuat laporan polis, jadi kalau mereka buat laporan polis, kita percaya perkara ini benar-benar berlaku dan polis akan menyiasat,” katanya.
Jamal berkata, beliau hairan masih ramai pengguna Melayu yang masih mengunjungi plaza itu walaupun tahu sebahagian besar peniaga di situ tidak jujur dan melayan pelanggan dengan kasar.
Malah, katanya, orang Cina pun tidak gemar membeli telefon bimbit atau peralatan komputer kerana kualitinya yang diragui.
Beliau bagaimanapun berkata, tidak semua peniaga yang bersikap kasar terhadap peniaga kecuali mereka yang terpengaruh dengan politik DAP yang suka memecahbelah perpaduan kaum di negara ini.
“Saya percaya semua kaum di negara ini tidak kira Melayu, Cina dan India tidak suka dengan apa yang berlaku di Low Yat ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan