shahbudindotcom
Usul
undi tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri, Najib Razak
seakan menerima halangan lagi apabila Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia
mahukan pihak pembangkang menghantar senarai Ahli-Ahli Parlimen yang
mahu menyokong usul berkenaan terlebih dahulu sebelum sedia
mempertimbangkan kelulusannya.
Saya
masih menunggu senarai itu di atas meja saya kerana setahu saya mereka
ada 89 undi saja. Apabila senarai yang mereka ada mencecah 90 atau 100,
mungkin saya boleh tekan kerajaan untuk usul itu dibahaskan, kata
Pandikar.
Meminta
senarai awal sehingga 90 atau 100 yang menyokong usul itu secara tidak
langsung bermakna ia berupa "pancingan" daripada Speaker agar
pembangkang mendedahkan siapa Ahli-Ahli Parlimen BN yang bukan saja anti
Najib, malah yang sanggup "melompat kolam".
Sudah
tentu ianya sesuatu yang mustahil boleh dilakukan. Kalau pun ada yang
tergerak hati, tidak mungkin mereka sanggup "menjerut leher" lebih awal
daripada yang sepatutnya.
Dan
kalau pun pembangkang misalnya dapat membuktikan angka itu, ia
memungkinkan terdedah pula kepada proses "tawar menawar" yang
menyebabkan mereka itu kembali menyokong BN.
Hasilnya, tetap tak lepas juga usul tersebut.
Sebelum
itu, usul persendirian tidak percaya terhadap Najib yang cuba dibawa
oleh PKR disenaraikan di agenda 25 daripada 28 keseluruhannya dan belum
tentu dapat dibentangkan berikutan aturan berkaitan kerajaan perlu
diutamakan terlebih dahulu.
Kemudian
apabila DAP mahu Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri
membentangkannya, ia juga dikatakan tidak mungkin sempat dibawa dalam
sessi Parlimen yang sedang berjalan sekarang kerana ia memerlukan notis
14 hari lebih awal.
Oleh yang demikian, usul Dr Wan Azizah itu mungkin hanya boleh dibawa pada sessi Parlimen Mac tahun depan.
Dan
hari ini, Speaker mahu disenaraikan Ahli Parlimen lain, selain 89
orang daripada pembangkang, yang mahu menyokong usul tersebut.
Licik, licik taktik Pandikar ini.
Maknanya
tugas beliau sebagai Speaker untuk memastikan tiada usul yang boleh
memalukan Najib, sehingga ini boleh dikira berjaya digalasnya dengan
cemerlang
Soalnya, kenapa takut sangat dengan usul tidak percaya itu? Jika yakin pembangkang hanya ada 89 undi, kenapa perlu bimbang?
Tidak
bolehkah ia dibiarkan dibahaskan terlebih dahulu sebelum diketahui
siapa menyokong dan siapa yang tidak? Inikah sebahagian proses
demokrasi?
Selain itu, lihat saja watak Pandikar dalam sessi Parlimen kali ini. Garangnya lain macam. Sikit-sikit mahu tunjuk kuasa!
Sikit-sikit nak marah dan selalu sangat dilihat mengangkat tangannya ketika berucap.
Tak
terbayang watak inilah yang pernah mengadu kepada Tun Mahathir Mohamad
memaklumkan akan meletakkan jawatan sebagai Speaker atas beberapa
perkara tidak puas hati yang dibangkitkannya kepada bekas Perdana
Menteri itu.
Wahh...sudah jauh beza dulu dengan sekarang bahh!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan