Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa anggota Umno supaya lebih berani menyatakan pendirian mereka berhubung isu-isu yang melanda parti itu ketika ini.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata anggota parti perlu berani menyuarakan pendapat mereka dengan menggunakan saluran dan pentas yang betul.
Malah, beliau turut meminta supaya Umno menjadi lebih terbuka dengan memberi peluang kepada ahli melahirkan pendapat seperti di mesyuarat bahagian dan Perhimpunan Agung Umno.
"Umno merupakan parti berdasarkan demokrasi dan kita mempunyai cara untuk melahirkan pendapat dalam sesuatu isu dan platfom itulah kita gunakan.
"Perwakilan tidak takut tetapi guna platform yang sewajarnya. Tidak pasti sama ada Perhimpunan Agung Umno akan datang akan menjadi platfom yang mana semua pimpinan akan berkumpul dan mendengar.
"Saya rasa mereka (perwakilan) sepatutnya dibenarkan untuk melahirkan pendapat mereka. Masa yang betul ialah perhimpunan agung nanti," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media antaranya bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, dan dua veteran parti Tan Sri Sanusi Junid dan Tengku Razaleigh Hamzah.
"Saya tak fikir kita minoriti. Kita majoriti. Semua rakyat melahirkan pendapat mereka. Yang penting ialah bukan kami, tetapi lebih majoriti perlu keluar," katanya..
Beliau sempat berseloroh dengan mengatakan dirinya kini lebih popular dari penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza selepas pemecatan dan keberaniannya menyuarakan isu-isu semasa.
"Saya rasa saya lebih popular sikit daripada Siti Nurhaliza sekarang. Dalam budaya Umno ini tak ramai bersedia menyuarakan.
"Mereka takut akan diambil tindakan, digugurkan, dipecat dan lain-lain lagi," katanya.
"Terserah (sama ada akan diambil tindakan). Adakah ini perbuatan menyalahi? Saya tak rasa begitu. Ini hak untuk bersuara.
"(Saya) Tak bimbang. Ini usaha yang baik. Kita perjuangkan hak rakyat.
"Dengan cara ini akan tingkatkan masyarakat kita untuk berjuang untuk kesdilan bukan tujuan tertentu atau untuk lindung pihak tertentu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan