KUALA LUMPUR: Ketampakan rendah kurang daripada tiga kilometer di
sekitar perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Kuching dan Tawau dijangka berterusan sehingga Khamis ini.
Perairan berkenaan termasuk dalam 17 kawasan yang mencatatkan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 101, setakat 8 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan itu berbahaya
kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi alat navigasi kapal.
Keadaan sama turut berlaku di perairan Selat Melaka, Tioman, Bunguran, Kuching dan Sulawesi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan