SHAH ALAM: Polis akan menahan lelaki yang menampar seorang pencuci
kereta warga Bangladesh tengah hari semalam, dalam waktu terdekat.
Ini berikutan polis telah mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan
milik lelaki berkenaan, berdasarkan laporan yang dibuat seorang wanita
dipercayai pemilik premis mencuci kereta itu.
Wanita itu, Haziyati Abdul Hamid, 30-an turut memuat naik video
pekerjanya yang dikenali sebagai Shian, yang dibelasah lelaki berkenaan
di laman Facebook sehingga menjadi viral.
Video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit
31 saat jelas menunjukkan pekerja warga Bangladesh itu ditampar di
bahagian muka.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 12.45 tengah hari semalam.
Menurut postingnya di laman Facebook, Haziyati berkata lelaki berkenaan
menampar pekerjanya selepas berang keretanya yang dimasuki warga asing
itu kotor.
Malah katanya, lelaki itu juga tidak membayar harga servis sebaliknya meminta wang RM1,000 dengan alasan tidak munasabah.
"Mungkin lelaki Bangladesh itu kotor berpakaian lusuh dan hina,
kemudian tidak mahu membayar sebaliknya meminta wang RM1,000 kerana
duduk dan mengotorkan keretanya ketika mengelap cermin.
"Siapa pun kita, sekaya mana pun, jangan terlalu angkuh dan bongkak
dengan mereka yang dipandang hina," kata Haziyati dalam postingnya itu.
Haziyati turut mendakwa pekerjanya mengalami trauma akibat insiden itu,
apatah lagi tamparan berkenaan menyebabkan hidungnya patah dan bengkak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan