Rabu, 7 Oktober 2015

Kerajaan terdesak, tidak lagi utamakan kepentingan bangsa – Sanusi

Demi TPPA, pemimpin politik akan terus memanipulasikan rakyat dan menyatakan perjanjian itu menguntungkan tetapi hakikat sebaliknya.


Sanusi-Junid_600


SHAH ALAM: Keputusan kerajaan yang bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) menunjukkan kerajaan tidak lagi memperdulikan nasib rakyat.

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid berkata, kerajaan kini dalam keadaan terdesak dan disebabkan itu kepentingan bangsa tidak lagi menjadi keutamaan.

“Kalau orang dah lemas, jumpa kayu dia pegang, jumpa ranting pun dia akan pegang. Dia tak peduli apa dah,” katanya sewaktu sesi soal jawab di majlis Bicara minda dan sesi dialog Tan Sri Sanusi Junid bertajuk “Perpaduan: Mengapa kita masih keliru?” pada Selasa.

Sanusi berkata, dalam isu TPPA, pemimpin politik akan terus memanipulasikan rakyat dengan menyatakan bahawa perjanjian itu menguntungkan dan memberi manfaat untuk semua pihak namun hakikat adalah sebaliknya.

“Yang saya dengar dari orang ekonomi, semua kata tak elok. Tapi bila orang politik kata, TPPA ini semua untung.

“Saya dulu pun orang politik juga, tapi kini bertaubat banyak dah,” jelasnya.

Pada masa sama, veteran UMNO itu turut menyatakan bahawa beliau tidak terkejut bahawa perjanjian itu akan ditandatangani kerana sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku.

“Saya dari dulu sewaktu dengar (TPPA), memang dah boleh agak bahawa perjanjian ini akan ditandatangani,” katanya.

Mengulas lanjut, Sanusi turut mencabar pihak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak menandatangani perjanjian itu yang disifatkan akan memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang kepada rakyat.

“Kalau diaorang (kerajaan) berani diaorang tidak tandatangani. Kalau nak puaskan hati rakyat Malaysia

Tiada ulasan: