Rabu, 7 Oktober 2015

Bajet 2016 : Pendidikan Percuma di Malaysia Permintaan Mahasiswa. Syaratnya Cukai Pendapatan Tinggi. Setuju?

BERITA SEMASA
 
 
Bajet 2016 : Pendidikan Percuma di Malaysia Permintaan Mahasiswa. Syaratnya Cukai Pendapatan Tinggi. Setuju?

Dengan bebanan kos dan yuran pengajian yang tinggi sekarang ini, ada kalangan mahasiswa yang mahukan kerajaan tawarkan pendidikan percuma di Malaysia. Totally free education katanya. Bukan ada bayar itu ini.

Itu hasrat dan pandangan mereka untuk dimasukkan dalam intipati menjelang Pembentangan Bajet 2016 Malaysia kelak.

Sebelum mendengar respon balas Najib Razak, Berita Semasa sudah boleh katakan, usah bermimpi di siang hari. Kerajaan Malaysia pada ketika ini, sama sekali tidak berminat dengan menerapkan sistem pendidikan percuma di Malaysia.

pendidikan percuma
Nah….tanggapan Berita Semasa ada benarnya apabila Najib Razak respon balas isu pendidikan percuma di Malaysia di hadapan pelajar Malaysia diluar negara baru-baru ini dengan memberikan satu syarat untuk ia dilaksanakan :

Pendidikan Percuma di Malaysia : Syarat Najib Kepada Rakyat Malaysia

  1. Pengumuman kenaikan cukai pendapatan sehingga 65%. Sanggupkah anda?
  2. Tanya Najib kepada anda semua rakyat Malaysia…
  3. Contoh yang najib Razak berikan adalah sepertimana yang diamalkan di negara-negara Scandinavia seperti di Sweden dan Norway
  4. cukai pendapatan di Malaysia antara 10 hingga 25 peratus
  5. manakala cukai pendapatan di Sweden adalah antara 39 peratus hingga 56.9 peratus.
  6. Ini semua kenyataan yang diberikan Najib dalam perjumpaan dengan pelajar Malaysia di luar negara
Bagi Berita Semasa perbandingan yang diberikan Najib Razak cukup berat sebelah.

Norway dan sweden antara yang menerima gaji yang tertinggi di dunia. Gaji yang mereka terima sejajar dengan kos sara hidup yang mereka nikmati. Malaysia? Cukup sahaja bandingkan harga rumah sahaja, berapa kali ganda gaji? Contoh laporan berita di bawah ini….

KLIK SINI : Harga Rumah Kuala Lumpur RM500,000 Ke Bawah Untuk Projek Unit Rumah Baru Tahun 2014 Tiada!

P/S : Bagaimana mahu menyediakan pendidikan percuma di Malaysia jikalau ada kawasan penduduk di Malaysia yang keperluan asasnya seperti air, elektrik, jalan yang baik masih tidak disediakan. Kemudahan sekolah juga ada yang menyedihkan. Jadi dengan keadaan itu, Berita Semasa merasakan pendidikan percuma di Malaysia masih tidak relevan dilaksanakan pendidikan percuma di Malaysia selagi masalah di atas tidak diselesaikan.

PP/S : Apa punca rakyat dan penduduk sweden rela hati bayar cukai yang tinggi kepada kerajaan mereka? A highly trusted public body. Mereka percaya kerajaan mereka.

PPP/S : Di bawah ini anda boleh semak gambar laporan yang dan kajian yang disediakan oleh Swedbank mengenai gaji dan kos sara hidup di Sweden contohnya bagaimana :

Tiada ulasan: